IHTIFAL ZAWAF RAMADAN UiTM CAWANGAN JOHOR DITAJA PELBAGAI PIHAK

Pada 11 April 2023 lalu, Program Ihtifal Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) Ramadan berjaya dilaksanakan. Program anjuran Unit Zakat Sedekah dan Wakaf UiTM Cawangan Johor (UiTMCJ) mendapat kerjasama baik Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dengan sokongan Amin Baitulmal Daerah Segamat Ustaz Khairul Anwar Isnin, Unit Hal Ehwal Islam UiTMCJ, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTMCJ dan kelab Persatuan Masjid As-Syakirin (PERMAS) UiTMCJ serta Badan Bukan kerajaan MyFundAction.

Program bermula pada waktu pagi dimeriahkan dengan pembukaan kaunter zakat fitrah dan kaunter MAINJ. Badan Bukan Kerajaan MyFundAction menaja dan mengagihkan pakaian baju raya kepada pelajar asnaf dan agihan bubur lambuk juga di bantu Kelab PERMAS. Pelajar asnaf juga diberikan kupon air tajaan He&She Coffee. Sumbangan Dapur Ramadan, Agihan Duit Raya dan Bantuan Banjir Staf dan Pelajar daripada penyumbang warga UiTM penderma tabung Amanah Sedekah UiTM Cawangan Johor.

Majlis penutup dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ (Dr.) Haji Nooh bin Gadot, Penasihat MAINJ juga diserikan dengan lawatan tapak Madu Kelulut, Ladang Nanas dan Dusun Durian Segar Amat UiTM Cawangan Johor diiringi oleh Profesor Madya Dr. Saunah Zainon Rektor UiTM Cawangan Johor.

Ramadan berlalu dengan penuh taqwa, syukuri nikmat, limpahan rezeki dan ditingkatkan amalan berlipat kali ganda. Peluang meraih pahala ini dikejar oleh ramai pihak. Kemuncak penutup majlis berbuka puasa pelajar ditaja oleh MAINJ. Amalan menderma dapat memperoleh pahala berganda, jiwa yang tenang, akhlak mulia dan barakah. Semoga semua penaja dan penderma dimurahkan rezeki dan rahmat Allah SWT untuk menderma di bulan Ramadan akan datang dan berterusan di bulan-bulan lain.