I Can See Your Talent : Jawatankuasa Perwakilan Kolej UiTM Cawangan Selangor, Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan

27 November 2023 – Jawatankuasa Perwakilan Kolej UiTM Cawangan Selangor, Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan telah mengadakan program yang dapat memberikan peluang kepada pelajar-pelajar di kolej kediaman untuk menunjukkan bakat bidang hiburan yang mereka ada iaitu pertandingan ‘I Can See Your Talent’ (USB). program ini merupakan platform yang amat terbaik untuk melahirkan pelajar yang berkebolehan, berpengetahuan dan berkeyakinan tinggi dalam menunjukkan segala bakat dan kemahiran yang mereka ada kepada umum.

Pertandingan ‘I Can See Your Talent’ ini telah diadakan di tempat letak kereta kolej kediaman 1. Bilangan peserta yang menyertai pertandingan bakat ini adalah seramai 10 penyertaan selepas berjaya pada saringan pertama. Program ini berkonsepkan pertandingan bakat dimana pelajar-pelajar yang menjadi peserta di dalam pertandingan ini perlu bersaing di antara mereka untuk menjadi juara yang berbakat dan berkebolehan. Pengiraan markah adalah berdasarkan penilaian daripada juri dan undian daripada penonton.

         

Sepanjang pertandingan ini berlangsung tedapat ramai pelajar kolej kediaman yang berbakat telah menunjukkan bakat mereka dalam bidang nyanyian, tarian dan lain-lain. Program ini juga telah mempertingkatkan kemahiran sedia ada pada pelajar-pelajar USB dan tidak mensia-siakan bakat yang ada pada mereka begitu sahaja. Program ini juga telah membentuk pelajar menjadi lebih kreatif dan inovatif dan mampu menaik taraf idea pelajar-pelajar dalam perkara yang mereka minati.

Seterusnya, pertandingan ini juga telah meningkatkan kualiti pelajar bukan sahaja dalam bidang perubatan ataupun pergigian malah dalam bidang dan bakat lain. Serta untuk memberi nilai tambah kepada mereka untuk bersedia bersaing terutama dalam menghadapi apa-apa jua persaingan yang kian meningkat dan sukar pada masa kini.

Selian itu, pertandingan ini juga telah dimeriahkan lagi dengan persembahan dari sebuah kumpulan iaitu The JAA yang telah memberikan persembahan yang menarik kepada semua penonton yang hadir. Mereka telah membuat persembahan berkonsepkan EDM iaitu Electronic Dance Music. Sambutan amat meriah sepanjang program berlangsung. Kesimpulannya, program seperti ini amat baik untuk pelajar-pelajar menonjolkan bakat mereka sekali gus dapat memberikan hiburan santai dan melepaskan tekanan dengan kesibukan jadual pelajar yang padat di kampus.