Home Sweet Home (HSH) Anjuran Bersama Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) UiTM Cawangan Selangor Kampus Sg. Buloh, Selayang & Teluk Intan

Home Sweet Home (HSH) merupakan salah satu program lawatan bertemu mesra bersama penghuni kolej kediaman di UiTM Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh oleh pihak Pengurusan Kolej yang melibatkan Unit Residensi & Hospitaliti Pelajar (URHP), Staf Residen Kolej (SRK), Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) dan Sekretariat. Seramai 6 orang SRK dan 15 orang ahli JPK serta sekretariat telah bersama menjayakan lawatan temu mesra ini. Ianya telah melibatkan penghuni kolej kediaman di RC1, RC2 & RC3 yang diadakan pada bermula 1 Januari hingga 15 Februari 2024 dan telah melibatkan sebanyak 145 buah unit rumah kediaman pelajar.

 

Program ini adalah bertujuan untuk menerapkan nilai kesedaran dan tanggungjawab pelajar terhadap sikap kendiri di kalangan pelajar dengan mengutamakan kebersihan dalam diri, bilik dan unit rumah kediaman mereka. Selain itu juga, objektif program ini adalah untuk mewujudkan persekitaran kolej kediaman yang bersih dan selesa. Semasa sesi lawatan ini dijalankan, penghuni bilik telah memberikan kerjasama yangsangat baik. Bilik pun berada dalam keadaan bersih dan ceria. Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi di masa kan datang.