8 JUN 2023 – Bernama TV menyaksikan perkongsian Prof Madya Dr. Suriyani Ariffin, Pengarah Pembangunan Akademik Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Universiti Teknologi MARA (UiTM), mengenai halatuju para lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam segmen temubual ‘Apa Khabar Malaysia’.Prof Madya Dr Suriyani Ariffin membincangkan isu pelajar lepasan SPM yang ingin bekerja dan tidak mahu menyambung pelajaran mereka. Beliau berkata, ‘Graduan SPM kini ingin bekerja kerana kos pendidikan yang tinggi dan mereka tidak mahu berhutang’. Menurut beliau, ‘Para graduan SPM juga tidak mahu menyambung pelajaran disebabkan perbandingan gaji, di mana gaji pekerjaan bagi graduan SPM dan diploma adalah sama’. ‘Selain dari kos pendidikan yang tinggi dan perbandingan gaji, graduan juga terpaksa bekerja untuk menampung kehidupan mereka’, tambahan beliau.
Prof Madya Dr. Suriyani Ariffin juga berkongsi pendapat beliau atas pilihan graduan SPM mengambil jurusan di universiti. ‘Terdapat pelbagai program yang boleh dipilih oleh graduan seperti program matrikulasi, diploma dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)’. Menurut beliau, ‘Para graduan perlu mengikut minat dan bakat masing-masing, dan memenuhi syarat-syarat semasa memilih jurusan yang mereka mahu di universiti’.
Dalam segmen tersebut, beliau memberi pendapat terhadap situasi pelajar yang ingin menukar program yang tidak diingini mereka. Menurut beliau, ‘Pihak universiti mempunyai tanggungjawab dalam menghasilkan graduan yang harmoni dan intelektual dalam pelbagai aspek. Pihak UiTM bukan sahaja memberi ilmu malah kemahiran bagi para graduan seperti kemahiran berfikir, kemahiran berkomunikasi dan sebagainya’. Dr Suriyani Ariffin menyeru pada para graduan untuk terus menyambung and menyahut peluang yang diberi oleh pihak universiti’. Tambah beliau, ‘Para alumni UiTM juga ada yang bekerja dalam bidang lain dari jurusan yang mereka ambil’.
Mengakhiri segmen temubual tersebut, Prof Madya Dr Suriyani Ariffin berkongsi mengenai Ekspo Selangkah ke UiTM yang akan berlangsung selama 2 hari pada 10 Jun dan 11 Jun 2023 yang bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam.