Grow Grove Sebuah Inisiatif Karbon Biru

Satu program Grow Grove anjuran pelajar-pelajar Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Kimia (CheSS) UiTM Cawangan Pulau Pinang bersama pihak industri iaitu Affin Bank telah diadakan pada pada 26 Jun 2022, jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Pusat Pendidikan Hutan Paya Laut, Sungai Acheh, Seberang Perai Selatan (SPS), Pulau Pinang. Program ini merupakan salah satu keperluan silibus dalam subjek CEV631 (Leadership and Professional Ethics for Engineers).

Program ini bertemakan konsep SULAM (Service Learning Malaysia), Keluarga Malaysia dan turut menyokong agenda UN 2030 Sustainable Development goals (SDG2020) khususnya SDG#13 (climate action). Program ini dikendalikan oleh pelajar-pelajar tahun 2 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (persekitaran) UiTM Cawangan Pulau Pinang yang diketuai saudara Arif Irfan Mohamad Noor manakala penasihat program ialah Ts Mohamed Syazwan Bin Osman.

Program ini telah disertai oleh oleh 41 orang pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang dan 40 orang pengurusan kanan Affin Bank Berhad, Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang, Pejabat Hutan Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) dan Persatuan Kebajikan Nelayan Pesisir Pantai Pulau Pinang (PIFWA) . Program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan kebenaran dan kelulusan daripada pihak pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Pulau Pinang melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) yang telah memberi kelulusan program. Program ini turut ditaja pihak industri iaitu Affin Bank Berhad sebanyak RM15.512. Program ini turut mendapat kerjasama penuh dari JAS, Pejabat Hutan daerah SPS dan PIFWA. Program ini turut dihadiri pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Pulau Pinang iaitu Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akademik), menjalankan tugas rektor iaitu Prof Madya Ir Dr Ahmad Rashidy Razali, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Prof Madya Ts Dr Basharudin Abdul Hadi dan Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni, Prof Madya Ts Dr Kay Dora Abdul Ghani. Program ini telah dirasmi oleh Pengerusi Affin Bank Berhad iaitu Dato Agil bin Natt.

Antara objektif program ini diadakan ialah untuk mendedahkan masyarakat  pentingnya alam sekitar khususnya ekosistem pesisir pantai melalui solusi alami dengan menanam pokok Bakau. Ujar Dato Agil Natt, inisiatif ini merupakan inisiatif penting untuk melestarikan alam sekitar kepada generasi akan datang.

Peserta program dapat mempelajari kaedah dan tips terbaik dalam menanam anak pokok bakau. Akhir program, peserta telah berjaya menanam sebanyak 400 anak pokok bakau di kawasan ini. Adalah diharapkan melalui program ini dapat dapat memperkasa jaringan UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan masyarakat melalui aktiviti pemindahan ilmu (Knowledge transfer Program).