Gotong Royong Eksa UCph 2023

Satu program berkat kerjasama daripada Unit Pengurusan Kualiti, Kelab Pensyarah dan KKUUiTM telahpun berjaya diadakan pada 22 September 2023 yang lalu. Aktiviti gotong royong khas telah dijalankan di mana warga UiTM Cawangan Pahang dialu-alukan untuk turut serta bagi memeriahkan lagi suasana di samping menunjukkan tanda sokongan kepada aktiviti gotong royong EKSA Ucph 2023 ini.

Tujuan program ini diadakan adalah sebagai satu bentuk persediaan para pensyarah dan staf sebelum bermulanya semester baharu. Program dimulakan dengan sedikit taklimat daripada En. Jalcairul Azris Jalaludin dan diteruskan dengan aktiviti senam regangan di One Stop Centre. Selepas itu, aktiviti gotong royong pun dimulakan di Pejabat/Fakulti/Bilik Pensyarah masing-masing. Barang barang yang ingin dilupuskan dikumpulkan dengan kemas di One Stop Centre bagi memudahkan proses pembuangan.

Setelah selesai, para peserta berkumpul semula di One Stop Centre bagi acara cabutan bertuah serta makan tengahari yang disediakan di Kafe Seroja. Kerjasama padu yang diberikan dari warga UiTM Pahang sepanjang aktiviti dijalankan amatlah dihargai. Semoga usaha dan program seperti ini dapat dilakukan secara berterusan dan berkala.