General Meeting (AGM) ke-31, Tahun 2024 Kelab Kakitangan Akademik (KKA) sesi 2023/2025

08 Mac 2024, Jumaat: Majlis Annual General Meeting (AGM) ke-31, Tahun 2024 anjuran Jawatankuasa Kelab Kakitangan Akademik (KKA) sesi 2023/2025 telah selesai diadakan di LT 5 UiTM Cawangan Perlis. Majlis dihadiri seramai 60 orang ahli KKA termasuklah staf akademik yang baharu dan juga pesara tahun 2023, UiTM Cawangan Perlis. Majlis AGM telah dipengerusikan oleh Presiden KKA UiTM Cawangan Perlis, YBrs Sr Gs Dr Fazly Amri Bin Mohd.

Program ini dianjurkan bagi membentangkan Minit Mesyuarat Agung ke-30, Minit Mesyuarat Ke-30 selain membentangkan usul atau cadangan ahli Kelab Kakitangan Akademik bagi mendengar atau menerima pandangan mereka tentang penambahbaikan kelab KKA khususnya. Sepanjang dua jam AGM berlangsung, pelbagai aktiviti dijalankan antaranya iaitu cabutan bertuah, persembahan nyanyian dan sesi meraikan ulangtahun kelahiran ahli KKA yang lahir pada bulan Jan-Mac.

Pelaporan aktiviti sepanjang tahun 2023 telah dibentangkan oleh Presiden KKA, Dr Fazly Amri Mohd dan pelaporan kewangan KKA UiTM Cawangan Perlis telah dibentangkan oleh Puan Fazni Mohamad Fadzillah (Bendahari) semasa mesyuarat berlangsung. Pelbagai komen dan cadangan oleh pihak ahli KKA yang hadir di LT 5 telah diambikkira oleh pihak jawatankuasa KKA 2023-2025.

Selaras dengan tujuan penubuhan KKA ini selaku kelab yang membantu menguruskan dan mengendalikan hal ehwal kebajikan staf dan merancang melaksanakan program pembangunan aktiviti staf , Jawatankuasa induk KKA mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua ahli kelab yang telah menyokong dan turut serta menjayakan program KKA sepanjang tahun 2023.

Majlis AGM Kelab Kakitangan Akademik (KKA) Ke-31, tahun 2024 ini ditangguhkan pada jam 11.45 pagi oleh Presiden KKA. Diharapkan momentum semangat dan penyertaan ahli terus menerus bagi menjayakan program yang bakal dilaksanakan pada sepanjang tahun 2024 ini.