Gabungan ICAN UiTM dan Alumni Maybank Menerusi Forum “Bridging the Skills Gap Towards Sustainable Workforce”.

KUALA LUMPUR, 14 Julai 2023 – Forum “Bridging the Skills Gap Towards Sustainable Workforce” telah berlangsung dengan jayanya pada 14 Julai 2023 di Menara Maybank, Kuala Lumpur. Program ini merupakan terusan kerjasama di antara Pejabat Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN) UiTM dan Alumni Maybank.

Program ini dibuka dengan ucapan alu-aluan oleh Datuk Nora A. Manaf yang merupakan Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank Berhad dan turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran peserta yang terdiri dari ahli ICAN dan alumni Maybank.

Perbahasan forum yang bertajuk “Bridging the Skills Gap Towards Sustainable Workforce” oleh tetamu kehormat Datuk Nora A. Manaf Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank Berhad alumni UiTM dan Prof. Dr. Mohamad Hariri Abdullah Timbalan Naib Canselor ICAN merupakan sorotan utama dalam program tersebut.

Sesi fotografi serta sembang santai para alumni Maybank bersama ICAN UiTM memperlihatkan perkongsian semasa, inisiatif dan peluang berpotensi dalam kalangan peserta. Peserta program tersebut juga berpeluang untuk mewujudkan dan meluaskan jaringan sosial sesama mereka.