FSKM Lakar Nama di MDIT x DVD 2021

11 Disember 2021 mencatat kenangan manis buat FSKM apabila berjaya merangkul beberapa anugerah yang dipertandingkan di MDIT x DVD 2021 (Malaysia Data Innovation Talent 2021 x DOSM Virtual Datathon 2021).

Pasukan Skadoosh yang terdiri daripada Muhammad Haikhqal Bin Nasrat Taliff, Muhammad Hakim Bin Mohammad Fadzli, Nur Anis Aina dan Muhammad Aidil Bin Suhaili berjaya menjadi naib juara dengan inovasi yang bertajuk Zero Suicide. Skadoosh juga berjaya merangkul Anugerah Paling Kreatif dan Anugerah Khas DOSM.

Pasukan Cntrl-V Pro yang terdiri Atikah Binti Azizi , Nor Syahidah Binti Mhd Soberi, Muhammad Umar Siddiq Bin Zainal Abidin dan Muhammad Amin Bin Mohd Hafendi merangkul Anugerah Pilihan Ramai dengan inovasi Land Use Land Cover Classification .

Turut tampil sebagai pemenang adalah Pasukan Fantastic Four dari Universiti Tun Hussein Onn berjaya menjadi juara pertandingan ini dengan inovasi mereka Funds? Properties? Stocks? Your Best Investment Priority – The Kids!. Salah seorang ahli kumpulan iaitu Puteri Natasha Sofia Binti Zulkafli dianugerahkan sebagai Pembentang Tebaik.

Inovasi The Influence of Economics and Social Indicators in Achieving Low Global Hunger Index (GHI) menempatkan pasukan Gen Alpha dari Universiti Kebangsaan Malaysia di tempat ketiga.

MDIT x DVD 2021 dianjurkan oleh UiTM menerusi Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) bersama Jabatan Perangkaan Malaysia, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UiTM, Bank Islam dan KPMG. Ia disertai oleh seramai 74 kumpulan peserta yang terdiri daripada 296 pelajar dari universiti awam dan swasta.

Majlis penutup MDIT x DVD 2021 telah disempurnakan oleh Ketua Perangkawan Negara iaitu Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin. Di dalam ucapan, beliau menyatakan pertandingan ini merupakan inisiatif Jabatan Statistik Malaysia dalam membangunkan bakat demi menyahut aspirasi kerajaan untuk menjadi hub analitik data raya dan kepintaran buatan. Tambah beliau lagi, selain memperkenalkan Jabatan Statistik Malaysia sebagai penghasil statistik negara , pertandingan ini merupakan platform bagi merapatkan hubungan kerjasama antara jabatan dan institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM, Professor Dr Mohd Sazili Shahibi turut berucap pada majlis ini. Beliau menyatakan MDIT x DVD 2021 berjaya menghasilkan peserta-peserta yg mempunyai pemikiran kritikal dan inovatif,kualiti-kualiti yang memenuhi kebolehpasaran graduan dan sekaligus mempunyai kesedaran tinggi mengenai Matlamat Kelestarian Pembangunan.

Pertandingan ini berlansung pada 15 November 2021 dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar di hadapan sekitar 200 penonton dalam talian.Pertandingan diteruskan sehingga 22 November 2021 di mana para peserta perlu membentangkan projek mereka secara langsung dalam talian juga papan pemuka (dashboard). dan . Pemenang dipilih berdasarkan kriteria projek yang mempunyai kebaharuan, kreativiti dalam inovasi, kredibiliti, impak, hubungkait, skop dan keteptan.Hadiah-hadiah pemenang ditaja oleh ISM, Bank Islam, DNEX dan Aire.