Keputusan Pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Sesi 2020/2021 Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak

Pengumuman Keputusan Pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Sesi 2021/2022 Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak telah diadakan secara langsung dalam talian di laman Facebook UiTM Cawangan Sarawak. Pengumuman tersebut dilakukan oleh Profesor Madya Ts. ChM Dr. Mohamad Isa bin Mohamadin, Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang mewakili Rektor UiTM Cawangan Sarawak baru-baru ini.

Sampul keputusan pemilihan JPP telah diserahkan oleh Ketua Pusat Pengiraan Undi, Encik Adib bin Sarkawi kepada Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Sarawak, Profesor Madya Ts. ChM Dr. Mohamad Isa bin Mohamadin. Tiada permohonan bantahan dibenarkan memandangkan pilihanraya JPP pada kali ini secara dalam talian.

Berikut merupakan keputusan penuh bagi Pemilihan JPP bagi sesi 2021/2022 UiTM Cawangan Sarawak ialah Aizatul Akhmalia Binti Abdul Rahim dan Adrianna Binti Rudino dari Fakulti Perakaunan telah menang tanpa bertanding. Nurhusna Humaira Binti Ramdi dan Cornelia Olive Anak Denis dari Fakulti Seni Bina Perancangan dan Ukur turut telah menang tanpa bertanding. Colzin Anak Collin dan Mohammad Faizal Bin Jumadil dari Fakulti Perladangan Agroteknologi. Juvilyn Adoptance Leovino dan Nurul Fahana Binti Abdul Rashid dari Fakulti Pengurusan dan Perniagaan.

Nur Adilla Fitriyani Binti Jeffery Mohd. Amin dan Timothy Emmanuel Bin Lebee dari Fakulti Kejuruteraan Elektrikal. Daniel Ashraf Bin Atan dan Muhammad Aqil Bin Ahmad Munir dari Fakulti Kejuruteraan Kimia. Nurul Hikmah Binti Rumaini dan Muhamad Alfie Syahrin Bin Sanuhri dari Fakulti Pengurusan Maklumat. Muhammad Iskandar Bin Idris dan Nur Syamimi Binti Sabdin dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi telah menang tanpa bertanding. Amir Zuhaily Bin Zaidan dan Nur Ashley Amera Mohammad Rafiq dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Kajian Dasar.

Imanina Liu Binti Ismaily Liu dan Muhammad Syahrulnizam Daniel Bin Jafely dari Fakulti Sains Gunaan. Muhammad Azharil Syamri Bin Bakeri dan Fudayl Bin Abdul Jalil dari Fakulti Komputer Sains dan Matematik telah menang tanpa bertanding. Debra Deire S. Onong dan Ellysa Ines Anak Hassan dari Fakulti Kejuruteraan Awam. Mohammad Radfiq Bin Radzali dan Husnia Qasrina Binti Abdul Arrahmannia dari Akademi Pengajian Islam Kontemporari. Airyl Aszhan Bin Yuszida dan Muhd Nur Adden Nasran Bin Muhammad Iskandar dari Fakulti Seni dan Reka Bentuk. Muhammad Zawir Iffan Bin Sedik dan Nurulain Najwa Binti Jeffery dari Fakulti Sains Kesihatan telah menang tanpa bertanding. Nor Dalila Binti Othman dan Siti Noorbalqis Binti Azman dari Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan telah menang tanpa bertanding.