Forum Meraikan dan Berkongsi Kejayaan Wanita Dalam Industri Pembinaan

 

13 Disember 2023 – UiTM Shah Alam

“CELEBRATING WOMEN IN CONSTRUCTION FORUM” yang berlangsung pada 7 Disember 2023 yang bertempat di Dewan Seminar, Kompleks Antarabangsa, UiTM Shah Alam. Program anjuran Pengajian Pembinaan dan Ukur Bahan ini julung kalinya diadakan dalam meraikan dan mengiktiraf keberadaan wanita dalam bidang pembinaan samada di peringkat Malaysia mahupun global. Program yang dijalankan secara hybrid ini telah mendapat sambutan di mana seramai lebih dari 50 peserta yang menyertai secara alam maya ini, termasuklah peserta dari ASEAN seperti Filipina, Singapura, Indonesia dan Thailand. Manakala kehadiran peserta secara fizikal mencapai lebih 100 peserta yang bukan sahaja terdiri dari wanita, malah peserta lelaki juga menyertai forum ini dalam konteks memberi sokongan kepada wanita.

     

Program yang diketuai oleh Ts Norishahaini Mohamad Ishak dari Bidang Pengurusan Pembinaan dan dirasmikan oleh Penolong Naib Canselor Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Shah Alam Profesor TPr Dr Jamalunlaili Abdullah bersama moderator program ini Profesor Madya Sr Hasmawati Harun telah membuahkan hasil dan mencapai objektif dalam usaha meningkatkan kebolehpasaran wanita dalam industri pembinaan secara khususnya.

Barisan panel-panel yang berjaya menawan hati peserta terdiri daripada, Datuk Nik Airina Nik Jaffar, dari Plus Malaysia Berhad (Plus); Dato’ Ar Nafisah Radin, pemilik konsultan NR Architects Design Group & Presiden Wanita Industri Binaan Malaysia; Ts Myrzela Sabtu, dari Lagenda Properties Berhad; Sr Amnah Salleh, dari Turner & Townsend; dan Puan Normah Omar, pemilik Syarikat Rintiz Rezky (M) Sdn. Bhd. Kelima-lima panel ini terdiri dari latar nelakang yang berbeza dan berjaya menggapai impian hasil dari usaha yang dicurahkan sepanjang berkecimpung dalam bidang masing-masing.

Forum ini terbahagi kepada dua sesi, iaitu sesi pengkongsian dan pembentangan ini tidak hanya mengungkapkan pengalaman dan pengetahuan teknikal, malah ia juga melibatkan para profesional wanita di bidang ini, juga meliputi segala rintangan dan prestasi yang mereka hadapi sepanjang karier mereka. Kisah inspirasi ini memberikan perspektif yang mendalam tentang kepentingan wanita dalam merancang dan membangun dalam industri pembinaan. Pelbagai kisah yang dikongsikan oleh ahli panel yang tidak hanya mencerminkan keberhasilan profesional, tetapi juga kesungguhan dan semangat untuk menempuhi segala rintangan.

Sesi kedua adalah sesi forum di mana panel-panel ini berdiskusi dan berinteraksi di antara mereka dan juga sesi soal jawab bersama para peserta dengan dengan memberi pandangan, idea dan juga perkongsian sepanjang kerjaya panel-panel ini mengorak langkah dan mengukir nama yang tersohor di industri pembinaan dikalangan golongan wanita bekerjaya. Forum ini telah berlangsung selama hampir 5 jam ini telah memberi input dan mencapai objektif dalam mencankupi ruang perbicaraannya yang tersendiri.

Kata-kata motivasi dari mereka sangat memberi inspirasi dan semangat kepada peserta untuk mengukir keajayaan dan terus berajaya dalam bidang pembinaan yang mencabar. Semoga dengan adanya program sebegini dapatlah memberi perkongsian perjalanan wanita-wanta berjaya kepada peserta secara dekat dan menjalinkan hubungan antara industri pembinaan dan pendidikan dalam memacu ke arah sesebuah negara maju yang berdaya saing dan kelestarian dalam perjalanan kehidupan seseorang selain dapat menjalinkan hubungan baik sesama industri dan universiti tempatan.