MACHANG, 29 Disember – Program ini anjuran Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2021/2022 yang diadakan satu hari setiap minggu di tempat letak kenderaan Kompleks Sukan UiTM Cawangan Kelantan bermula jam 5:00 petang hingga 10:00 malam. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah mempelbagaikan variasi menu kepada pelajar supaya mereka dalam memilih dan membeli makanan.
Program ini juga dilaksanakan bagi mencapai beberapa objektif yang telah disenaraikan seperti membuka peluang kepada peniaga luar untuk menambah pendapatan, menjana ekonomi masyarakat setempat dan meningkatkan lagi Happiness Index warga UiTMCK dengan menganjurkan program secara bersemuka.
Program ini juga melibatkan program Junior Entrepreneur sebagai salah satu inisiatif bagi menggalakkan nilai keusahawanan dalam kalangan mahasiswa UiTMCK. Jumlah kutipan hasil daripada Food Town UiTMCKs, pihak MPP berjaya mendapat sebanyak RM3573.00 dalam masa tiga minggu program ini berlangsung.