Karnival Kesihatan UiTM Cawangan Kelantan

MACHANG, 29 Disember- Program ini merupakan anjuran Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Kelantan sesi 2021/2022 dengan kerjasama Kelab PROSIS, Unit Kerjaya dan Kaunseling, Klinik Kesihatan Temangan, Hospital Tanah Merah, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Unit Pendidikan Kesihatan Machang, dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Tujuan program ini dilaksanakan adalah bagi memberi pendedahan kepada semua warga UiTM Cawangan Kelantan tentang kesihatan fizikal dan mental iaitu melalui ujian saringan HIV, ujian personaliti diri, pameran kesihatan, dan pameran dadah. Selain itu, program ini juga memberi peluang kepada semua warga UiTMCK untuk berkhidmat kepada masyarakat luar dengan pendermaan darah dan pendaftaran pendermaan organ.

Program ini berlangsung di Pusat Pelajar UiTM Cawangan Kelantan dan turut dihadiri oleh Yang Berusaha Prof. Madya. Dr. Zulkifli Mohamed, menjalankan Tugas Rektor UiTM Cawangan Kelantan dan turut menyumbang darah pada hari tersebut. Saguhati juga diserahkan kepada tujuh pihak luar tersebut sebgai kenang-kenangan.