FBM x Maybank, Puncak Alam Selangor. ( 6 Jun 2023 – 9 Jun 2023)

Puncak Alam, 6 Jun 2022. Unit Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni, Fakulti Pengurusan Perniagaan (ICAN, FPP) telah berjaya menganjurkan program FBM x Maybank selama 4 hari bermula dari 6 Jun 2023 sehingga 9 Jun 2023.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu meliputi Maybank Classroom Takeover, Scam Awareness Talk, Bicara Santai Alumni, Pitch Perfect Workshop, Sesi Temuduga dan sesi Lepak Bersama Mbassador. Acara kemuncak sepanjang minggu ini merupakan pertandingan Explorace Tiger Dash yang melibatkan penglibatan hampir 500 pelajar dari pelbagai fakulti di UiTM Cawangan Selangor (UCS). Pebagai hadiah yang dimenangi oleh peserta-peserta Tiger Dash disumbangkan oleh pihak Maybank termasuk hadiah utama, sebuah Apple iPad yang telah dimenangi oleh Nour El Eisya Mohamad Zaki, pelajar BBA (Hons.) Business Economics dari Fakulti Pengurusan dan Perniagaan.

Melalui aktiviti yang dijalankan, ianya dapat memperkukuhkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran melibatkan perkongsian ilmu dan pengalaman oleh pihak industri sejajar dengan matlamat graduan berkemahiran tinggi, berdaya saing, dan bekebolehan bagi memenuhi kehendak industri. Pada masa yang sama juga aktiviti yang dijalankan dapat memberi gambaran dan sebagai persediaan pendedahan dunia alam sebenar pekerjaan kepada pelajar. Sebanyak 2,000 pelajar mendapat manfaat dari sesi perkongsian serta aktiviti yang dijalankan.

Penganjuran program kolaborasi seperti ini dengan industri dirancang setiap semester sebagai medium perkongsian industri kepada pelajar. Program seperti ini juga diharapkan dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan Fakulti Pengurusan Perniagaan mahupun Universiti Teknologi Mara sendiri.

Penulis: Dr Mohd Zamri Abu Bakar dan Dr Nor Farradila Abdul Aziz, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UITM Puncak Alam