Pada 15 Februari 2023, Fakulti Pendidikan, UiTM Puncak Alam telah menerima kunjungan dari Jabatan Tenaga Manusia, Sri Urkeed Holdings dan Pertubuhan Taqniin Tahfiz. Kunjungan dari kedua-dua pihak ini antara lain membincangkan tentang usahasama yang boleh dijalankan ketiga-tiga pihak dengan Fakulti Pendidikan, UiTM Puncak Alam.
Antara cadangan usahahama yang dirangka dan bakal diperhalusi adalah dari segi mewujudkan program bersifat kemahiran di antara Fakulti Pendidikan dengan Pertubuhan Tahfiiz Tahnin, mengenalpasti program-program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang boleh digabungkan dengan kursus-kursus sedia ada di Fakulti Pendidikan, menggabungkan SKM tahap 3 dengan program Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak yang bakal ditawarkan pada semester September 2023 dan juga mewujudkan pusat pengajian amali di Fakulti Pendidikan.
Semasa perbincangan ini, Fakulti Pendidikan diwakili PM Dr Sharipah Ruzaina Syed Aris (Dekan Fakulti Pendidikan), Dr. Fatin Aliana Mohd Radzi dan Puan Nadia AInuddin Dahlan. Jabatan Tenaga Manusia pula diwakili Tuan Ts Kamaruzaman Bin Haji Md Ali (Timbalan Ketua Pengarah), Encik Dzulkifli dan Encik Nadzron. Manakala, Pertubuhan Tahfiiz Tahnin pula diwakili Encik Ahmad Shukri bin Haji Abdullah (Ketua Pertubuhan) dan Cik Nadia Kodir (Ketua Bahagian Pentadbiran). Akhir sekali, Sri Urkeed Holdings pula diwakili oleh Puan Norhayati Karno (Ketua Pengarah Eksekutif). Diharapkan segala perbincangan produktif tersebut berjaya menjadi kenyataan.