EDU Reach Webinar Series Fakulti Pendidikan

EDU Reach Webinar Series Fakulti Pendidikan: Kembali dengan Cara Menangani Tekanan oleh Dr. Sharifah Muzlia Syed Mustafa

Jabatan Pengajian Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam telah menganjurkan EDU Reach Webinar Series yang dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Webex. Siri webinar kali ini memaparkan penceramah kedua iaitu Dr. Sharifah Muzlia Syed Mustafa, pensyarah kanan Fakulti Pendidikan, ahli Persatuan Kaunseling Malaysia Antarabangsa (PERKAMA International), dan berpengalaman luas dalam bidang kaunseling.

Siri webinar yang bermula jam 11.30 pagi ini memfokuskan kepada ‘Bolehkah Hidup Tanpa Stres? Penyebab, Kesan dan Cara menangani Stres’. Intipati perbincangan berkisar kepada kepentingan pengendalian tekanan dan langkah-langkah transformasi tekanan sebagai satu bentuk motivasi diri. Pelbagai informasi penting telah dikongsikan dalam perbincangan ini antaranya berkaitan dengan punca berlakunya tekanan dan juga cara kita mengatasi masalah tekanan yang dihadapi dalam hidup.

Walaupun EDU Reach Webinar Series disasarkan kepada pelajar UiTM, sesi ini juga telah berjaya menarik minat  para pensyarah yang ingin mendalami isu tekanan di kalangan pelajar.  Dengan hala tuju sesi webinar ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan pelajar-pelajar mahupun para akademik berkenaan dengan cara untuk mengatasi tekanan dengan berkesan seterusnya membuka minda tentang kepentingan pengendalian tekanan dengan baik.