Dr. Azri’s Perfume – Pengiktirafan Wangian Halal dari JAKIM

Tahukah anda bahawa wangian adalah pelengkap kepada identiti individu.  Dr Azri’s Perfume merupakan produk wangian hasil daripada penyelidikan yang dijalankan di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Wangian yang telah mendapat pengiktirafan Halal dari JAKIM telah dikomersialkan oleh syarikat pemula UiTM yang diusahakan oleh seorang pensyarah Kimia dari Fakulti Sains Gunaan.

Pengasas wangian Dr Azri’s Perfume, ChM Dr Mohd Azri Ab Rani, berkata, kebanyakan masyarakat di Malaysia agak berhati-hati dengan penggunaan “alkohol” dalam pembuatan produk. Cakna dengan perkara tersebut, Dr Azri telah merujuk kepada JAKIM penjelasan hukum. Menurut JAKIM, sumber alkohol dalam wangian adalah berbeza dengan alkohol yang di minum atau di larang dari segi hukum syarak.

Menurut Dr Azri lagi, jenis alkohol yang digunakan diibaratkan satu daripada 10 komponen untuk memastikan ianya mendapat pengiktirafan Halal dari JAKIM. Semua dokumen bahan yang digunakan dalam penghasilan wangian hendaklah dikemukan dengan lengkap.

Bagi menepati piawaian Good Manufacturing Proses (GMP), dokumen lengkap untuk setiap bahan mentah yang digunakan diwajibkan mempunyai data mengenai keselamatan bahan dari dokumen Material Safety Data Sheet (MSDS) dan kaedah serta pelan lantai tempat pemprosesan wangian.

JAKIM berperanan untuk melakukan audit bukan sahaja terhadap bahan mentah, malah tempat pemprosesan dan penghasilan wangian juga turut diperiksa sebelum mendapat pengiktirafan Halal. Jelasnya, dalam memperoleh pengesahan Halal untuk wangian badan bukanlah sumber alkohol yang digunakan tetapi keseluruhan proses dari mula sehingga ke pembungkusan akan diambil kira yang mana pihak JAKIM akan memantau jenis bahan mentah yang digunakan, sumber bahan mentah diperolehi, cara penyimpanan, carta alir kerja serta tempat dan cara pemprosesan.

UiTM berbangga kerana kumpulan penyelidik Dr Azri’s Perfume telah memberi anjakan kepada landskap industri wangian dengan memperoleh Pensijilan Pengesahan Halal JAKIM. Sekiranya berminat untuk mendapatkan wangian Dr Azri’s Perfume yang bersih dan suci di Shopee Rasmi Dr Azri’s Perfume – [HQ] atau layari https://shopee.com.my/Dr-Azri’s-Perfume-HQ–i.49455250.5962890978?sp_atk=4519cc07-275b-4881-9d3d-0b0f38

Sumber daripada: Dr Mohd Azri Ab Rani ( azri[at]uitm.edu.my )