CSR: Penggunaan Aplikasi Mudah Alih ‘Easy English Tenses’ Untuk Pelajar-Pelajar SMP Lab UM, Kota Malang, Indonesia

UiTM Pahang telah melakar sejarah dengan penganjuran sebuah program khidmat masyarakat di sekolah SMP Laboratorium UM, Kota Malang, Indonesia pada 9 Mac 2023. Sekolah ini merupakan sekolah menegah rendah di bawah kelolaan Universitas Negeri Malang (UM). Para peserta program merupakan pelajar-pelajar SMP Laboratorium dari Kelas 7 yang berumur di antara 12 dan 13 tahun.

Delegasi dari UiTM Pahang terdiri daripada pensyarah Akademi Pengajian Bahasa, Prof. Madya Dr Tengku Intan Tengku Sharif dan Fatin Sabrina binti Abdul Sukor serta dibantu oleh 6 pelajar Ijazah Sarjana Muda Biodiversity yang juga merupakan ahli Kelab High Achievers iaitu Siti Umairah Binti Azmi, Evy Alvera Junis, Nur Fatiha Natasya Binti Ruzilan, Aina Mardia Binti Rais, Aina Mardia Binti Rais, dan Nur Illyana Sofia Binti Mohd Azlim. Turut membantu adalah pensyarah Fakultas Sastra dari Universitas Negeri Malang, Dr. Sari Karima yang menjadi perantara di antara delegasi UiTM Pahang dan Kepala Sekolah SMP Laboratorium, Dra. Yayuk Prihatnawati, M.Pd.

 

Para peserta melalui beberapa aktiviti berkumpulan dan diakhiri dengan penggunaan aplikasi Easy English Tenses secara individu. Program ini diadakan bertujuan meningkatkan penguasaan pelajar terhadap Bahasa Inggeris melalui interaksi di antara para peserta dan fasilitator menggunakan Bahasa Inggeris. Aktiviti yang dilakukan juga berkaitan dengan pengunaan Bahasa Inggeris terutamanya aktiviti berkaitan dengan pengunaan aplikasi Easy English Tenses.

Program yang berlangsung hampir 2 jam itu juga telah memberi pendedahan tentang cara pembelajaran dan suasana persekolahan di Indonesia kepada delegasi UiTM Pahang. Secara tidak langsung, program sebegini dapat mewujudkan perspektif yang positif tentang aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dalam kalangan ahli delegasi.

Diharapkan program seumpama ini dapat diadakan lagi dan dapat mengeratkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia pada masa akan datang terutama dalam program kemasyarakatan.