Pada 20 September 2023 (Rabu) pukul 9.30 pagi hingga 12 tengahari bertempat di Al-Biruni 2, Unit Pengurusan Kualiti dengan kerjasama Kelab Pensyarah, KKUUiTM dan Unit Latihan UCPh telah berjaya mengadakan Ceramah Pengenalan EKSA secara bersemuka di Kampus Jengka dan secara maya melalui Webex di Kampus Raub bagi memperkenalkan EKSA kepada warga UiTM cawangan Pahang.
Tujuan ceramah ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal terutamanya bagi staf baru dan pendedahan semula kepada seluruh warga UiTM Cawangan Pahang berkenaan dengan kesedaran dan tanggungjawab warga untuk menjadikan persekitaran di tempat kerja lebih kondusif dan berkualiti.
Puan Suhaila Shahudin, Penolong Pegawai Penguatkuasa JPJ Cawangan Temerloh yang juga Fasilitator EKSA UiTM Pahang sangat membantu dalam memberikan input dan contoh yang interaktif bagi mencapai pemahaman yang maksima. Penghargaan juga turut diberikan kepada peserta yang aktif melontarkan pendapat dan pertanyaan berkenaan EKSA. Pastinya program seperti ini bukan yang terakhir dari Unit Pengurusan Kualiti. InsyaAllah, akan ada lagi yang lebih bermanfaat dimasa akan datang.