Ceramah: Amalan Pendinding Diri

Selaras dengan Visi dan Misi Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk menjadi sebuah universiti yang bertaraf dunia dan bagi merealisasikan harapan tersebut, Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Jasmine UiTM Kampus Puncak Perdana yang merupakan persatuan peringkat kolej telah mengadakan program Ceramah: Amalan Pendinding Diri.

Ceramah ini telah diadakan pada 16 Jun 2022 dari pukul 9.00 malam sehingga 10.30 malam. Program ini bertitik tengahkan untuk mengajar para pelajar cara melindungi diri daripada gangguan sihir dan jin. Bukan itu sahaja, program ini bertujuan untuk menguatkan diri pelajar dan memberikan kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan ilmu kerohanian dalam diri masing-masing.

Menurut Ketua program saudari Sarah, program ini telah berjaya dalam memberikan kesedaran kepada pelajar tentag kepentingan ilmu kerohanian sekaligus dapat menguatkan diri peserta itu sendiri. Program ini juga dapat mengukuhkan silaturahim antara JPK, SRK, Unit Kesihatan, Polis Bantuan seterusnya pelajar-pelajar Kolej Jasmine.