Booth Pameran Fakulti Pendidikan Menyinar di PERFORM 2020

Booth Pameran Fakulti Pendidikan Menyinar di PERFORM 2020
Pasukan pameran Fakulti Pendidikan

Pada 8 – 9 Februari 2020 yang lalu, Pasukan Pameran Fakulti Pendidikan telah mengendalikan booth pameran sempena Festival UiTM Perform 2020 anjuran Pusat Asasi UiTM Cawangan Selangor Kampus Dengkil.

Pasukan yang diketuai oleh Encik Ahmad Fahim Zulkifli, pensyarah di Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK), Fakulti Pendidikan, sibuk melayani pertanyaan-pertanyaan para pelajar ASASI yang berminat dengan program-program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan.

Antara program yang mendapat sambutan hangat adalah Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL), Pendidikan Sains (Biologi, Fizik dan Kimia) dan Pendidikan Matematik. Di samping pameran, satu sesi taklimat program-program akademik di Fakulti Pendidikan telah disampaikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Sharipah Ruzaina Syed Aris, Pemangku Timbalan Dekan Akademik (TDA), Fakulti Pendidikan.

Program Perform 2020 anjuran Pusat Asasi UiTM Kampus Dengkil ini telah berjaya menarik lebih daripada 3 ribu pelajar. Syabas dan tahniah kepada Sekretariat Perform 2020 di atas kejayaan penganjuran dan terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada Fakulti Pendidikan dalam mempromosikan program-program akademik fakulti.