‘Blue Ocean Strategy’ dalam Memantapkan Perwakilan Badan Beruniform (PBB) UiTM Cawangan Pahang

JENGKA, 20 April 2024: “..Dengan gabungan yang ada ini, diharapkan pelajar-pelajar sekalian dapat saling berkerjasama dan ikhlas melakukan sebarang kerja dan tugasan dalam mencerminkan unit uniform masing-masing..”, ujar YBhg Prof. Dr. Wan Mohd Nazri Bin Wan Abdul Rahman, Menjalankan fungsi Rektor UiTM Cawangan Pahang dalam ucapan aluannya di Majlis Jamuan Raya Perwakilan Badan Berunifrom (PBB) UiTM Cawangan Pahang pada 20 April 2024 yang lalu di Bangunan Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Pahang.

Menyokong pengukuhan kerjasama yang sedia ada di antara SUKSIS, KESATRIA, SISPA, BOMBA, PBSM dan BRASS BAND, majlis ini diadakan untuk mengeratkan lagi silaturahim sesama badan beruniform dalam menyatupadukan kekuatan melalui bantuan, kerjasama, pertukaran idea dan sinergi.

Sebelumnya, Blue Ocean Strategy yang diperkenalkan oleh kerajaan di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) merupakan satu cetusan strategik terbaru dan kerjasama di antara ATM dan PDRM yang telah bermula secara piece-meal dan ad-hoc sejak tahun 1960-an lagi terutamanya dalam konteks membanteras ancaman komunis era itu.

Semoga kerjasama yang dijalinkan ini akan memperlihatkan keutuhan dan kesepaduan demi kesejahteraan dan kemakmuran negara yang dicintai, khususnya dan UiTM Cawangan Pahang dapat menyerlahkan potensi kolaborasi dengan masyarakat, umumnya.

Majlis turut dihadiri oleh YBrs Dr Haji Mohd Kamal Azman Jusoh, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Pahang dan semua pegawai-pegawai bersekutu badan beruniform.