“Jika kamu berinfak kepada seseorang, berterima kasihlah kepada mereka. Kamu mungkin sudah membantu memperbaiki urusan dunia mereka, tetapi mereka juga memperbaiki urusan akhiratmu.”
Sepanjang bulan Ramadhan 1443H, bermula 2 April hingga 1 Mei 2022, Pusat Pengajian Senibina Dalaman (PPSD) bersama-sama Pertubuhan Alumni Generasi Rekabentuk & Senibina Dalaman (GRID) Malaysia, telah menjalankan agihan juadah berbuka puasa kepada seramai 362 orang pelajar Program Sarjana Muda Senibina Dalaman di Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU), UiTM Puncak Alam. Turut terlibat dalam perkongsian rezeki ini juga ialah syarikat-syarikat senibina dalaman antaranya RUANG Studio Sdn. Bhd.
Para pelajar amat bersyukur dan berterima kasih atas perkongsian juadah berbuka puasa yang dijalankan pada setiap empat minggu tersebut. Dengan aktiviti infak sebegini, beban kewangan pelajar dan urusan seharian mereka sedikit sebanyak dapat dipermudahkan. Program agihan juadah berbuka puasa ini berjaya dikekalkan sebagai tradisi PPSD dan GRID demi memupuk silaturrahim yang erat dalam keluarga pusat pengajian dan alumni.