Bengkel Train of Trainers: Basic Butchery Course by Iron Butcher Chef Azaha Lasim

Bengkel Train of Trainers: Basic Butchery Course by Iron Butcher Chef Azaha Lasim
Norfezah Md Nor, Siti Aisyah Tumin & Mohd Syafiq Othman

Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh telah mengadakan Bengkel Train of Trainers: Basic Butchery Course by Iron Butcher Chef Azaha Lasim secara bersemuka pada 13 Mac 2023 yang lalu bertempat di dapur latihan fakulti. Bengkel yang berlangsung selama satu hari ini telah menjemput Chef Azaha Lasim yang merupakan Penyembelih bertauliah (HRDCorp Certified Trainer) dan berpengalaman lebih daripada 32 tahun didalam bidang sembelihan halal. Bengkel ini telah dihadiri oleh pensyarah-pensyarah daripada Jabatan Seni Kulinari dan Gastronomi serta Jabatan Pengurusan Perkhidmatan Makanan, Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Secara dasarnya bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan, meningkatkan pengetahuan dan tunjuk ajar tentang pengendalian teknik-teknik fabrikasi daging dan jenis-jenis potongannya. Bengkel yang berlangsung selama sehari meliputi enam (6) segmen yang utama iaitu Pengenalan asas kemahiran pemotongan daging, Teknik pemotongan daging yang betul, Teknik menggurangkan pembaziran pemotongan daging, Teknik dan penggunaan peralatan pemotongan yang betul , Kaedah memasak daging dan Amalan kebersihan diri serta kebersihan tempat kerja.

Di akhir bengkel, telah diadakan pertandingan menguji kefahaman dan kemahiran skill butchery dikalangan peserta bengkel dimana tiga pemenang utama telah dikenalpasti iaitu En Mohamad Farhan bin Azmi, Puan Syarifah Atifah binti Syed Hamzah dan En Nakia Nordin.

Justeru dengan terlaksananya bengkel ini, ia secara tidak langsung bukan sahaja melibatkan pemindahan ilmu (Petunjuk Prestasi Perancangan Strategik ) dikalangan pemain industri dan universiti malahan ia merupakan satu program yang sangat signifikan bagi Pembangunan dan Latihan Staf Akademik dalam meninggkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di universiti terutama dalam Basic Butchery Skills.