Pada 9 Januari 2023, bertempat di ruang kafe Kolej Dahlia, UiTM Cawangan Selangor telah berlangsung sebuah bengkel tarian Igal yang dihadiri oleh warga OKU sekitar Lembah Klang. Turut serta adalah pelajar dari Kolej Pengajian Seni Kreatif serta JPK Kolej Jasmine Kampus Puncak Perdana. Bengel ini juga mendapat sokongan dari Unit Perkhidmatan OKU UiTM melalui Pengarahnya Prof. Madya Ts. Dr. Roslinda Alias.
Bengkel ini mengetengahkan tarian sebagai satu bentuk terapi buat warga OKU. Terapi tarian ialah cara yang berkesan untuk orang kurang upaya untuk meningkatkan kesejahteraan fizikal, mental dan emosi mereka. Ia membantu mereka mengembangkan kemahiran motor, ekspresi diri dan kemahiran sosial mereka. Tarian juga boleh digunakan sebagai satu bentuk terapi bagi mereka yang kurang upaya kognitif atau masalah pembelajaran.
Melalui tarian, orang kurang upaya boleh memperoleh keyakinan dan harga diri sambil mengembangkan kekuatan dan koordinasi fizikal. Terapi tarian didapati bermanfaat untuk mereka yang kurang upaya fizikal seperti cerebral palsy, distrofi otot, multiple sclerosis dan kecederaan saraf tunjang. Ia juga didapati membantu dalam merawat kemurungan dan masalah kesihatan mental yang lain. Melalui program terapi tarian yang direka khusus untuk individu berkeperluan khas, mereka boleh mempelajari pergerakan sambil meningkatkan kualiti hidup mereka secara keseluruhan. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan penganjur Encik Amandus Paul Panan di atas inisiatif yang murni ini. Semoga program ini dalam diadakan lagi di masa hadapan dengan lebih ramai penyertaan warga OKU.