SERENDAH, 5 Jun 2023 – Program Seni Kreatif ‘Seni Kitar’ ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada 5 Jun 2023 bertempat di Perpustakaan Mini Orang Asli Suku Kaum Temuan, Serendah Selangor. Program khidmat masyarakat ini telah disertai oleh 33 orang anak-anak orang asli dari pelbagai aras umur bermula seawal umur 3 tahun hingga linkungan umur 14 tahun dari kawasan Kampung Orang Asli Serendah. Program ini yang telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan 10 orang pelajar tahun akhir Sarjana Muda Senibina Dalaman (Kepujian), AP247 Kolej Alam Bina, Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam. Seramai 5 orang pensyarah Bidang Senibina Dalaman dari Pengajian Senibina dan Senibina Dalaman bekerjasama dengan Bahagian Jaringan Industri, Komuniti & Alumni (ICAN), Kolej Pengajian Alam Bina. Program khidmat masyarakat dan komuniti dijalankan bertujuan untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan mengenai teknik seni lukisan dalam penghasilan karya seni disamping mencungkil bakal seni yang terpendam di kalangan peserta serta memperkenalkan cabang terapi seni dalam urusan seharian.
Program yang berlangsung seawal jam 8.00 pagi dan berakhir sekitar jam 5.00 petang juga telah berjaya menarik minat beberapa ibu bapa dan penduduk kampung setempat. Program Seni Kitar ini pada zahirnya bertujuan untuk membudayakan kecintaan pada alam sekitar dengan memupuk inisiatif mengitar semula bahan buangan harian dan dijadikan bahan-bahan seni yang menjimatkan. Untuk program ini, tin dikitar semula untuk dijadikan seni hiasan untuk menghiasi ruang perpustakaan anak-anak orang asli di kampung ini.
Pelajar dan pensyarah berganding bahu membantu anak-anak orang asli menyiapkan hasil seni dan bersama-sama mencungkil bakat yang terpendam di kalangan mereka. Aktiviti yang dijalankan mendapat kerjasama yang baik di antara anak-anak orang asli kerana mereka menunjukkan kesungguhan bersama-sama pelajar menghasilkan karektor ‘super-hero’ yang telah di ajar dipermulaan sessi untuk menghiasi tin yang dikitar semula untuk dijadikan peralatan bekas pensel untuk diletakkan di ruang belajar mereka. Mereka juga diajar untuk membentangkan hasil seni yang dibuat dan mengeksperikan hasil seni kitar dengan kreatif kepada para pelajar dan pensyarah. Walaupun wujud kekurangan di dalam penyampaian dalam komunikasi pertuturan, mereka tetap menunjukkan minat yang mendalam untuk melalakukan aktiviti seterusnya. Acara seterusnya berlangsung selepas makan tengahari, untuk membenarkan anak-anak orang asli berehat dan menikmati juadah jamuan nasi ayam hasil sumbangan dana alumni dan industri yang diterima.
Pada waktu petang, peserta telah diberikan peralatan seni yang bersesuaian bagi membantu mereka meningkatkan daya kreativiti mereka mempraktikkan teknik lipatan origami bermain dengan kertas warna. Pelajar dan pensyarah berganding bahu membantu anak-anak orang asli menyiapkan hasil seni menggunakan teknik origami berpandukan tiga focus tema utama iaitu objek rama-rama, sampan dan juga baju seni. Aktiviti yang dijalankan mendapat kerjasama yang baik di antara anak-anak orang asli walaupun sebahagiannya masih belum bersekolah tetapi masih menunjukkan kesungguhan bersama-sama para pelajar dan pensyarah menghasilkan origami. Mereka berjaya menghasilkan pelbagai rupabentuk origami serta menghiasi arca dengan penggayaan teknik menggambar yang diajar.
Secara keseluruhan, program “Seni Kitar” ini dapat memupuk minat dan kesedaran tentang nilai-nilai kesenian di kalangan kanak-kanak orang asli suku kaum temuan menggunakan bahan-bahan kitar semula. Selain itu, program ini dapat mencungkil bakat-bakat seni yang terpendam dalam diri anak-anak orang asli sambil mendedahkan kepada mereka cabang seni yang boleh dijadikan sebagai terapi minda. Penganjuran program ini amat penting sebagai satu usaha menjayakan program khidmat masyarakat ‘University Social Responsibility’ antara pelajar Senibina Dalaman, UiTM Cawangan Selangor, industri dan juga alumni di mana ianya boleh memberi impak ‘Knowledge Transfer Program’ (KTP) kepada komuniti warga orang asli. adalah sebagai platform mengembangkan bakat graduan Senibina Dalaman bersama komuniti.