BENGKEL SEMAKAN KEMAJUAN PERANCANGAN STRATEGIK 2023 PERINGKAT UiTM CAWANGAN SELANGOR

Puncak Alam, 7 & 8 Disember 2023 – Satu sesi Semakan Kemajuan Perancangan Strategik 2023 Peringkat UiTM Cawangan Selangor telah dijalankan di Dewan Seri Alam, Hotel UiTM Kampus Puncak Alam.

Bengkel ini bertujuan untuk menyemak kemajuan pelan strategik yang telah diatur pada awal tahun bagi setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) di UiTM Cawangan Selangor (UCS). Ia juga dianjurkan bagi memastikan agar pelan strategik yang dirangka membolehkan UCS memainkan peranan yang relevan dalam membantu UiTM mencapai matlamat UiTM2025.

UCS berharap agar dapatan daripada bengkel ini membantu menentukan bahawa pencapaian bagi tahun 2023 adalah berdasarkan PI Universiti, pencapaian PTJ adalah berdasarkan Kemajuan Projek Khas yang telah ditetapkan, dan seterusnya dapat menghasilkan dokumen laporan pencapaian perancangan strategik UCS bagi tahun 2023.

Amat membanggakan apabila tiga (3) PTJ melaporkan petunjuk prestasi yang telah mencapai 100% penyempurnaan perancangan bagi tahun 2023 dan dianugerahkan Pencapaian Cemerlang Petunjuk Prestasi. Bahagian yang telah berjaya adalah Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Bahagian Hubungan Industri, Komuniti, Alumni dan Keusahawanan (iCARE), dan Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia. Selain itu, Bahagian Penyelidikan & Inovasi, PTAR, Unit Hal Ehwal Islam dan Pejabat Polis Bantuan telah dianugerahkan Pencapian Cemerlang Projek Khas Rektor. Manakala PTJ lain masih dalam usaha menyempurnakan perancangan masing-masing dan diharapkan dapat mencapai sasaran sebelum berakhir tahun 2023.

Penyampaian kesemua anugerah pencapaian cemerlang telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor, yang turut sama mengikuti bengkel dua hari tersebut dengan memberi pandangan, panduan dan memimpin kesemua ketua-ketua PTJ bagi memastikan hala tuju UCS selari dengan perancangan UiTM2025.

Tahniah diucapkan kepada kesemua PTJ yang telah berjaya mencapai sasaran tahunan dan semoga semua PTJ dapat terus melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang dipikul dengan jayanya pada masa-masa akan datang.
#UCSCemerlang