BENGKEL PERKONGSIAN ILMU TEKNIKAL DAN KEPAKARAN DALAM BIDANG KEJURUTERAAN AWAM OLEH PANEL PENASIHAT INDUSTRI

JENGKA, 3 Julai 2023 – Bengkel perkongsian ilmu teknikal dan kepakaran dalam bidang Kejuruteraan Awam telah diadakan pada 17 Jun 2023 yang lalu yang melibatkan pelajar CEEC110/EC110 dan pensyarah PKA. Seramai dua orang Panel Penasihat Industri telah hadir secara bersemuka pada program ini iaitu Ir. Mohamad Faizal bin Nurddin daripada bidang Construction Business and Project Management dan Ir. Wan Musa Shah bin Wan Mohammed daripada bidang Water and Environmental System.

Bengkel ini telah mencapai objektif yang telah disasarkan iaitu:
1. untuk memberi pendedahan dan berkongsi pengetahuan dan pengalaman kepada semua peserta mengenai ilmu teknikal dan kepakaran dalam bidang kejuruteraan awam;
2. bagi menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan oleh pelajar berkaitan bidang kejuruteraan awam yang mana ianya dapat meningkatkan motivasi dan memupuk minat pelajar untuk bekerjaya sebagai jurutera awam;
3. sebagai platform bagi membuat semakan dan memberi cadangan serta pendapat berkaitan dengan kewajaran target pencapaian bagi Performance Indicator (PI) untuk setiap Programme Educational Objectives (PEO); dan
4. untuk menyemak tindakan penambahbaikan (CQI) yang telah dilakukan oleh PKA terhadap cadangan-cadangan yang telah dikemukakan oleh panel penasihat industri pada perjumpaan sebelum ini.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Ketua Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, YBrs Ts. Zulhafizal bin Othman.

Inisiatif ini diterajui oleh YBrs Ts. Dr. Rohaya binti Alias selaku Pengarah Program dan YBrs Ts. Mohd Fakri bin Muda selaku Timbalan Pengarah Program. Laporan ini telah dikongsikan kepada En Mohd Risham Jaafar selaku JK Korporat PKA.