Bengkel Penyediaan Portfolio Pengajaran & Fail Kursus 2022 UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam

Pada 23 Mac 2022, Unit Kualiti Fakulti Sains Kesihatan UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) Kampus Bertam telah mengadakan Bengkel Penyediaan Portfolio Pengajaran & Fail Kursus 2022 di Bilik Mesyuarat Utama UiTM Kampus Bertam.

Objektif utama bengkel ini dianjurkan adalah untuk memberi penerangan dan garis panduan kepada staf akademik, berkenaan penyediaan portfolio pengajaran dan fail kursus mengikut tugas yang dipertanggungjawabkan untuk memenuhi sistem kualiti pengurusan UiTM. Bengkel ini juga bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan pensyarah dalam pengurusan dokumen portfolio pengajaran dan fail kursus.

Bengkel ini telah dihadiri oleh 52 orang peserta secara bersemuka dan juga atas talian yang terdiri daripada staf akademik Fakulti Sains Kesihatan dan Fakulti Farmasi UiTM Kampus Bertam. Dua panel dari Unit Pengurusan Kuailiti UiTMCPP iaitu Dr. Lily Nyl Ismail selaku Ketua Unit Kualiti UiTMCPP dan Puan Noor ‘Aina Abdul Razak, Ketua Sistem Audit UiTMCPP telah dijemput untuk berkongsi kepakaran dan memberi penerangan berkenaan penyediaan portfolio pengajaran dan fail kursus yang terkini kepada para pensyarah.

Maklumbalas yang diterima daripada para peserta menunjukkan bengkel ini memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan berkenaan penyediaan portfolio pengajaran dan fail Kursus dengan lebih tepat dan sistematik.