MACHANG, 20 Mac – Jabatan Matematik Kolej Pengajian Pengkomputeran Informatik dan Matematik (KPPIM) dengan Kerjasama PJIA UiTM Cawangan Kelantan telah mengadakan Bengkel Penulisan dan Penerbitan yang melibatkan penyertaan daripada pensyarah-pensyarah Jabatan Matematik KPPIM pada 25 Februari 2024. Bengkel ini bertujuan untuk memantapkan kemahiran pensyarah matematik dalam penulisan artikel jurnal berindeks dan memberi pendedahan dalam pemilihan jurnal yang bersesuaian. Objektif bengkel ini adalah untuk membuka peluang dan berbincang serta bertukar idea dikalangan pensyarah matematik bagi mencapai matlamat menghasilkan jurnal berindeks dan artikel yang berkualiti agar dapat diterbitkan dalam jurnal berindeks termasuk MyCite.
Pengarah bengkel pada kali ini ialah Dr. Hazwani Hashim dan bengkel ini telah berlangsung dengan jayanya. Banyak ilmu yang telah dikongsi oleh penceramah kepada peserta-peserta bengkel dan rata-ratanya berpuas hati dengan sesi bengkel yang penuh berilmu dan bermanfaat. Semoga ilmu yang diperolehi dapat dijana ke arah kebaikan UiTM khususnya dan negara amnya.