Bengkel ISO 9001:2015 Pemantapan Pelaksanaan dan Pelaporan Audit kepada Auditor Dalaman UiTM Cawangan Perak

Pada 20 Mac 2024, bengkel ISO9001:2015- Pemantapan Pelaksanaan dan Pelaporan Audit kepada Auditor Dalaman UiTM Cawangan Perak telah dijalankan di bilik Seminar ILQAM, UiTM Cawangan Perak. Profesor Madya Dr Kartina Alauddin selaku Ketua Sistem Audit UiTM Cawangan Perak dan Ketua Sistem Audit Korporat UiTM merupakan penceramah bagi bengkel tersebut. Para hadirin bengkel terebut adalah auditor dalaman bagi UiTM Cawangan Perak.

Objektif bengkel tersebut termasuklah yang berikut: untuk mengkaji konsep umum ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan; untuk menyediakan dokumen berdasarkan keperluan ISO 9001:2015; untuk mewujudkan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) berkesan berdasarkan ISO 9001:2015 (Manual kualiti, daftar risiko, Standard Operating Procedure (SOP), dasar kualiti, objektif kualiti, perancangan strategik, tindakan strategik, penilaian dan penambahbaikan; memahami tujuan, skop dan kandungan ISO 9001:2015 dan kegunaannya dalam melaksanakan audit kualiti dalaman; serta merancang, melaksana dan menyediakan laporan audit.

Di bengkel tersebut beberapa perkara penting telah dinyatakan seperti: pengenalan MS ISO 9001:2015; perlaksanaan MS ISO 9001:2015 di sektor awam; pengenalan konsep sistem pengurusan kualiti; kefahaman keperluan konteks organisasi dan kepimpinan; kefahaman keperluan perancangan dan sokongan; kefahaman keperluan operasi, prestasi sistem dan audit dalaman; pemakaian MS ISO 9001:2015, serta dokumen sokongan.

Harapan dari bengkel ini adalah agar para auditor dalaman bagi UiTM Cawangan Perak dapat menjadi auditor yang lebih berkeyakinan, efisyen dan efektif dalam menjalankan tanggungjawab mereka.