Bengkel Pengukuhan Pakar Rujuk Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) UiTM BIL. 2/2023

SHAH ALAM, 23 Oktober 2023 – Bengkel Pengukuhan Pakar Rujuk Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) UiTM Bil. 2/2023 telah diadakan pada 23 Oktober 2023 di Bilik Seminar Perpustakaan Tun Abdul Razak 1, UiTM Shah Alam.

Objektif bengkel ini adalah untuk mengemaskini penilaian dan hala tuju KIK UiTM, memberi pendedahan kepada para penggiat KIK UiTM dan juga merangka strategi pelaksanaan latihan dan rundingan KIK UiTM bagi tahun 2024.

Peserta program ini terdiri daripada seramai 19 orang Pakar Rujuk KIK daripada seluruh sistem UiTM. Peserta diberi penerangan Penilaian KIK UiTM oleh Encik Husaini Ab. Razab, Ketua Pakar Rujuk KIK UiTM. Manakala, perkongsian amalan terbaik KIK telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Mohd Apandi Aini, Perunding Latihan Kanan, Pusat Pengajian Pengurusan dan Kepimpinan, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).