3-4 JUN 2022 – Telah berlangsung Bengkel Pemerkasaan Polisi Jurnal UiTM di Institut Kepimpinan dan Pembangunan UiTM – ILD UiTM, Bandar Enstek.
Bengkel dihadiri oleh kesemua editor utama jurnal UiTM untuk berbincang hala tuju dan strategi pemerkasaan untuk jangka masa panjang. Bengkel anjuran Unit Etika dan Penerbitan, Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), UiTM ini turut dihadiri YBhg. Profesor Ts. Dr Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi). Beliau hadir untuk memberi sokongan dan menerangkan kepentingan konsolidasi demi menyediakan platfom dan ruangan berimpak dalam penerbitan artikel dan hasil penyelidikan di UiTM.
Setakat Mac 2022, UiTM mempunyai 54 jurnal dari pelbagai bidang. Sebanyak tiga puluh (30) jurnal UiTM telah berjaya disenaraikan dalam MyCite 2020, tiga belas (13) jurnal diindeks Asean Citation Indexed (ACI), tiga jurnal diindeks Scopus, dan satu jurnal diindeks Web of Science (WOS) dan tiga jurnal UiTM berindeks ERA. Tahniah dan syabas kepada warga Jurnal UiTM.
Semoga hasil perbincangan di bengkel ini akan membuahkan hasil untuk UiTM maju terus kehadapan dalam penerbitan di jurnal jurnal UiTM.