Bengkel Pemantapan Akademik FIN358 (Investment Management): Tips Menjawab Soalan Peperiksaan Akhir

Pada 13 Januari 2024 yang lalu, Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Akademik bagi kod kursus FIN358 (INVESTMENT MANAGEMENT): Tips Menjawab Soalan Peperiksaan Akhir. Seramai 167 orang pelajar semester 5 dari program Diploma Pengajian Perniagaan (BA111) dan Diploma Pengajian Perbankan (BA119) telah menghadiri bengkel pemantapan akademik ini.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mengurangkan peratusan kegagalan peperiksaan akhir bagi kod kursus FIN358 dan membantu para pelajar dengan teknik menjawab soalan peepriksaan akhir melibatkan topik 4, 5, 6, 7, 10 & 11. Untuk makluman, kerja berkumpulan ini juga termasuk dalam “on-going assessment” FIN358 sebanyak 30%. Webinar ini telah dikendalikan oleh fasilitator yang terdiri daripada 3 orang pensyarah Fakulti Pengurusan Perniagaan dan pensyarah bagi kod kursus ini.

Sesi bengkel diketuai oleh penceramah dari Fakulti Perakauan UiTM Cawangan Sarawak, Cik Nur Ain binti Abu Bakar. Penceramah ini mempunyai pengalaman mengajar kod FIN358 lebih dari 3 tahun sebelum memfokukan kepada kod utama beliau iaitu perakaunan. Bengkel yang berlangsung dari 9 pagi hingga 4:30 petang ini turut melibatkan interaksi aktif para pelajar dengan sesi soal jawab pada bila-bila masa dimana bengkel sedang berlansung. Bengkel ini juga telah memberi keyakinan kepada para pelajar untuk lebih bersedia menjawab soalan peperiksaan akhir mereka nanti.

Bengkel ini juga telah banyak memberi informasi dan ilmu kepada pelajar untuk menguasai langkah-langkah pengiraan dan teknik menjawab soalan berbentuk esei untuk mengurangkan kesilapan ketika menjawab soalan peperiksaan akhir.