Bengkel Pelan Strategik 2025 UiTM Cawangan Selangor: Menerajui Kecemerlangan Masa Depan

Shah Alam, 19 Februari 2025 – Bengkel Pelan Strategik 2025 UiTM Cawangan Selangor telah berjaya dilaksanakan dengan melibatkan seramai 60 orang staf terdiri daripada ketua dan wakil PTJ. Bengkel yang diadakan selama dua hari ini dimulakan dengan sesi pembentangan Pemetaan Strategik UiTM Cawangan Selangor, disampaikan oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor, yang menjadi salah satu rujukan utama kepada pemetaan rancangan tahun 2025.

Sepanjang bengkel ini, sesi perbincangan dijalankan bagi membolehkan peserta berkongsi idea dan strategi yang lebih berkesan dalam merealisasikan hala tuju universiti. Pendekatan kolaboratif ini bukan sahaja memperkukuhkan semangat kerjasama dan kebersamaan tetapi juga memastikan setiap inisiatif yang dirangka selaras dengan visi dan misi UiTM.

Peserta bengkel dari 14 PTJ telah menyediakan dan membentang RoadMap 2025 yang akan digunakan sebagai rujukan bagi menjalankan projek dan aktiviti sepanjang tahun 2025. Semoga perancangan yang direncana dapat dicapai dan memperoleh kejayaan bagi memacu ke arah kecemerlangan UCS agar menjadikan UiTM sebuah “Universiti Dikenali Dunia”.

Usaha UiTM Cawangan Selangor menganjurkan bengkel ini mencerminkan komitmen pihak pengurusan dalam memastikan perancangan strategik yang lebih sistematik dan berkesan. Dengan adanya sesi ini, setiap perancangan bukan sahaja lebih tersusun, tetapi turut memberikan ruang kepada semua Ketua dan wakil PTJ untuk menyumbang idea dan kepakaran masing-masing demi kemajuan bersama.

#UCSCemerlang

Penulis: Nor Azyyati Md Saad & Unit Komunikasi Korporat UCS
Editor: Inarah Ajhar