Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015

Bahagian Pentaksiran dan Penilaian Akademik (BPPA) telah berjaya memperoleh Pensijilan Semula MS ISO 9001 : 2015 daripada pihak SIRIM QAS International Sdn Bhd bagi tempoh tiga (3) tahun lagi selepas tiada sebarang ketakakuran (NCR) direkodkan. Audit selama dua (2) hari tersebut diketuai oleh Dr Montaj Mustakim serta dibantu oleh Puan Hajah Siti Rahmah Ahmad.

Hasil semakan audit mendapati Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) BPPA telah dilaksanakan, diselenggara dan dipantau dengan baik serta mematuhi keperluan standard ISO 9001:2015. Pihak pengurusan dan warga kerja juga telah menunjukkan komitmen yang tinggi bagi memastikan sistem pengurusan kualiti dilaksanakan dengan berkesan dan mantap. Dengan sistem pengurusan yang cekap dan tangkas, ianya memberikan pengalaman terbaik kepada pemegang taruh.

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga BPPA kerana telah berjaya mengekalkan pensijilan MS ISO 9001 : 2015. Semoga kejayaan ini dapat dijadikan sebagai pendorong dan semangat untuk terus komited selain mengekalkan budaya kerja berpasukan agar lebih banyak kejayaan yang membanggakan dapat dicapai pada masa akan datang.