Audit ER iQMS dan Pemantauan BPPA: Akademi Pengajian Bahasa (APB)

SHAH ALAM, 20 OKTOBER 2023 – Pada 16 hingga 18 Oktober 2023 telah diadakan Pembukaan dan Penutup Audit ER iQMS dan Pemantauan BPPA di Auditorium APB UiTM Shah Alam. Pembukaan audit ini bermula pada 16 Oktober 2023, pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang. Seramai 3 orang Panel Penilai ER iQMS dan 4 orang Penaksir BPPA telah melaksanakan sesi audit. Turut terlibat, 34 pensyarah yang merupakan wakil bagi setiap jabatan di APB termasuk Dekan APB, Prof. Ts. Dr. Janudin Sardi telah menghadiri pembukaan dan penutupan audit ini.

Hari pertama dimulakan dengan pembentangan oleh Dekan APB dan taklimat oleh Ketua Panel ER iQMS, Prof. Madya Dr. Rohana Mahbub serta taklimat oleh Ketua Penaksir BPPA, Dr Lyly Nyl Ismail. Selain itu, semakan dokumen beserta bukti turut dijalankan. Hari kedua diteruskan dengan sesi temubual bersama auditee termasuk pelajar. Manakala, pada hari terakhir, sesi perbincangan antara Penaksir BPPA dan Panel ER iQMS dan penyediaan laporan hasil pemantauan untuk tujuan pembentangan dalam mesyuarat penutupan.

Tempoh penyediaan dokumentasi yang diberi dapat memberi ruang yang secukupnya kepada APB untuk menyediakan bahan bukti. Matlamat audit ini untuk mengukuhkan keupayaan dan kapasiti dalam menyemak dan mengaudit bagi memenuhi permintaan masa hadapan dalam meningkatkan perkhidmatan jaminan kualitinya berdasarkan transformasi universiti. Tidak hanya itu, keseluruhan pengurusan APB yang terlibat telah memberikan kerjasama dan komitmen sepenuhnya dalam memastikan proses audit berjalan lancar. Syabas dan tahniah kepada Panel Penilai IQMS UiTM dan APB yang telah bersama-sama menyokong inisiatif dan pengoperasian Audit iQMS.