Amalan Pengurusan Sumber Manusia Terbaik UiTM Cawangan Sabah

Kota Kinabalu – Amalan Pengurusan Sumber Manusia Terbaik UiTM Cawangan Sabah telah dibentangkan oleh Encik Mohamad Hasimi Abdullah, Timbalan Pendaftar UiTM Cawangan Sabah di Sesi Pembentangan Amalan Terbaik (Best Practices) Pengurusan Sumber Manusia UiTM Kampus Cawangan Bersama Pendaftar UiTM, Tuan Haji Muhamad Nizam bin Noordin.

Sesi Pembentangan Amalan Terbaik Pengurusan Sumber Manusia telah diadakan secara dalam talian pada 6 Disember 2021. Antara 5 Amalan Pengurusan Sumber Manusia Terbaik yang telah dikongsikan adalah seperti berikut:


a) Buku Manual Staf Baharu UiTM Cawangan Sabah – Panduan dan Manual Staf Baharu UiTM CAwangan Sabah


b) Projek Inovasi iWalaiGHRM – Myportfolio – Repositori MYPORTFOLIO dan Proses Kerja UiTM Cawangan Sabah


c) Projek Inovasi iKalatas – Penyediaan Surat secara Digital

d) E-Exam Memasuki Perkhidmatan – Peperiksaan memasuki perkhidmatan secara dalam talian


e) Siri Latihan Upskiling dan Reskilling (Kasi Up Skill Mu Bah!) – Siri Latihan kepada staf UiTM Cawangan Sabah

Sesi Pembentangan ini memberi ruang kepada Pengurus Sumber Manusia Kampus lain di UiTM seMalaysia menambah nilai kepada mutu perkhidmatan dan penyampaian perkhidmatan yang menggirangkan hati pemegang taruh.