KUALA LUMPUR, 2 Jun 2023 – Estee Wong Xing Ya, pelajar semester 2 Diploma Komunikasi Media Baharu dan Keusahawanan Kandungan (MC111) dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) telah berjaya mendapat tempat ke-8 dalam pertandingan Adobe Certified Profesional (ACP) Malaysia Championship 2023 bertempat di The Summit Ballroom, Level M1, Connexion Conference & Event Centre, Bangsar South, Kuala Lumpur semalam.
Pertandingan anjuran Acestar Sdn Bhd ini telah mengumpulkan seramai 30 orang peserta yang terdiri dikalangan pelajar kolej komuniti, politeknik, IPTA dan IPTS seluruh Malaysia. Mereka dikehendaki menghasilkan poster yang bertemakan Living in the Present, Finding Joy in Life untuk Persatuan Dementia Pulau Pinang.
Ini merupakan penyertaan pelajar Diploma MC111 yang mewakili UiTM Cawangan Melaka untuk kali ke-3 yang akhirnya tahun ini berjaya menempatkan diri dikalangan 10 hasil karya poster terbaik (TOP 10). Pelajar menerima sijil penyertaan dan voucher bernilai RM100 daripada Shopee. Program Micro-Credentials Education Summit (MCES) 2023: Future Proof of Economy, bersempena Grand Finale Malaysia National Championship 2023 telah dirasmikan oleh Dato’ Prof. Dr. Mohammad Shatar Sabran, CEO Malaysian Qualification Agency (MQA) wakil Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia.