“Adios 3rd Nursing Generation’’

 

UiTM Kampus Bertam, 11 Mac 2023: Penang Nursing Student Association (PeNSA) Fakulti Sains Kesihatan (FSK) telah berjaya melaksanakan program “ADIOS 3RD NURSING GENERATION” ini adalah berasaskan skop akademik dalam aspek memberi pendedahan pentingnya hubungan silaturahim yang baik antara pelajar dan tenaga pengajar. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meraikan para pelajar semester 5 sebelum menjalankan latihan klinikal di luar secara tidak langsung mampu mengukuhkan ikatan persahabatan. Ia juga bertujuan untuk memberi peluang kepada pensyarah, klinikal instruktor dan pelajar-pelajar kejururawatan untuk berkongsi saat terakhir bersama pelajar kejururawatan yang telah menamatkan sesi pembelajaran. Seterusnya, program seperti ini juga melahirkan mahasiswa yang menghargai jasa dan pengorbanan para tenaga pengajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Ia juga dapat mewujudkan masyarakat yang membudayakan kehidupan dengan saling menghormati dan menyayangi antara satu sama lain.