
SHAH ALAM, 10 Jun 2025 – Akademi Pengajian Bahasa (APB), UiTM Shah Alam dan Sekolah Kebangsaan Kg Jawa 2 (SKKJ2) telah bekerjasama menjayakan Pertandingan Kalam Jamaie Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Klang 2025 dengan penyertaan 12 buah sekolah dan 160 orang murid pada 27 Mei 2025.
Pertandingan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) APB bagi memperkasakan pendidikan bahasa Arab. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Profesor Madya Dr. Nor Fazlin binti Mohd Ramli, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri, mewakili Dekan APB. Dalam ucapannya, beliau menyatakan rasa kagumnya terhadap semangat murid-murid yang mengambil bahagian dan menekankan kepentingan Kalam Jamaie sebagai medium untuk membentuk keberanian dan kemahiran komunikasi dalam bahasa Arab.


Kumpulan Farqodul Falah dari SK Kampung Johan Setia dinobatkan sebagai johan keseluruhan dan merangkul anugerah Skrip Terbaik, manakala SK Rantau Panjang meraih anugerah Konduktor Terbaik.
Dengan sokongan berterusan daripada sekolah dan universiti, pertandingan ini bukan sahaja mencungkil bakat tetapi juga memperkaya penggunaan bahasa Arab secara kreatif dalam kalangan murid sekolah rendah.
