Puncak Alam, 27 Mac 2025 – Majlis Apresiasi InfostrukturWebinar@UCS 2025 telah berjaya dianjurkan oleh Bahagian Infostruktur, UiTM Cawangan Selangor (UCS). Majlis ini bertujuan menyampaikan penghargaan kepada barisan penceramah jemputan, moderator dan jawatankuasa pelaksana atas sumbangan dan komitmen dalam menjayakan siri webinar sepanjang tahun 2024.
Perasmian majlis dan penyerahan sijil penghargaan telah disempurnakan oleh YBrs. Profesor Ir. Ts. Dr. Juliana Johari, Ketua Pegawai Digital, Jabatan Digital UiTM, yang diiringi oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS. Semoga penganjuran InfostrukturWebinar@UCS dapat diteruskan dan menjadi medium utama penyampaian pelbagai maklumat ICT terkini yang informatif kepada warga UiTM.
Penganjuran program ini membuktikan komitmen UiTM dalam memperkasa literasi digital dalam kalangan staf dan pelajar. Dengan perkembangan pesat teknologi maklumat, platform seperti InfostrukturWebinar@UCS menjadi wadah penting dalam memastikan warga UiTM sentiasa mendapat pendedahan kepada maklumat serta perkembangan teknologi terkini yang relevan dengan keperluan industri.
Penulis: Aishah Mohamed Idris, Inarah Ajhar & Unit Komunikasi Korporat
Editor: Nor Azyyati Md Saad