Webinar “Rahsia Jimat Cukai: Apa Yang Perlu Anda Tahu?” Anjuran Fakulti Perakaunan UiTM Pahang

JENGKA, 25 Mac 2025 – Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Pahang (UiTMCPh) telah menganjurkan program “Taklimat Percukaian Individu: Rahsia Jimat Cukai, Apa Yang Perlu Anda Tahu?”  pada 11 Mac 2025. Program ini merupakan kolaborasi antara Fakulti Perakaunan UiTMCPh bersama LHDN Cawangan Pahang.

Program ini dilaksanakan secara atas talian melalui platform Google Meet dan saluran Youtube secara langsung. Seramai 2,617 peserta telah menghadiri program ini, dimana 227 adalah peserta dari UiTMCPh manakala 2,390 lagi terdiri daripada komuniti luar.

Penceramah jemputan untuk program ini adalah Encik Mohamad Muslih bin Aling dari LHDN Pahang Lokaliti Kuantan. Beliau memberi penerangan mengenai sistem MyTax dan pelepasan cukai terbaru bagi tahun taksiran 2024.  Penceramah bersama iaitu Encik Azizi@Hamizi bin Hashim dari Fakulti Perakaunan UiTMCPh pula menjelaskan tanggungjawab orang awam selaku pembayar cukai.

“Tujuan utama program ini adalah untuk berkongsi teknik dan panduan untuk penjimatan cukai individu,” kata pengarah program.

Selain itu, program yang berlangsung selama 4 jam ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta untuk bertanya secara langsung kepada pihak LHDN.

Melalui program ini, Fakulti Perakaunan, UiTMCPh telah memenuhi PI 075 – Number of University Social Responsibility programmes (USR). Pada masa yang sama, program webinar ini menepati SDG4: Pendidikan Berkualiti.