Sungai Buloh, 15 Mac 2025 – Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) Perubatan Sesi 2024/2025 telah berjaya menganjurkan program Connecting Our Community (COC) 8.0 di Pusat Jagaan Amal Asyura, Desa Coalfield, Sungai Buloh, dengan matlamat memperkukuh hubungan mahasiswa dengan masyarakat serta menyemai nilai keprihatinan dalam kalangan generasi muda.
Antara pengisian utama ialah sesi ramah mesra bersama anak-anak yatim serta penyampaian sumbangan menjelang Hari Raya Aidilfitri, daripada Persatuan Ihsan Madani dan warga Fakulti Perubatan UiTM berjumlah RM 2,811.50. COC 8.0 turut menjadi platform bagi mahasiswa untuk menghayati nilai empati dan ihsan dalam kehidupan seharian, sejajar dengan falsafah pendidikan UiTM yang menekankan pembangunan insan seimbang, berintegriti dan berkualiti.
Kemuncak majlis diserikan dengan sesi berbuka puasa dalam suasana penuh kehangatan dan ukhuwah, melambangkan kejayaan program ini dalam menyatukan mahasiswa dan komuniti setempat. Diharapkan inisiatif seperti ini akan terus diperkasakan, sekali gus melahirkan generasi pemimpin yang bukan sahaja berilmu, tetapi juga cakna terhadap keperluan masyarakat.