Kunjungan Kolaborasi Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Kulim Hi-Tech Park (PBT TPHTK) ke UiTM Perak

SERI ISKANDAR, 13 Mac 2025 – UiTM Cawangan Perak telah menerima kunjungan rasmi daripada deligasi Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Kulim Hi-Tech Park, Kedah (PBT TPHTK). Kunjungan ini bertujuan untuk perbincangan strategik bagi mewujudkan jaringan peluang kolaborasi akademia – industri dalam bidang Perancangan Bandar dan Alam Bina. 

Deligasi oleh PBT TPHTK seramai 9 orang diketuai oleh Tuan Ahmad Fayadh bin Abdul Manap (Setiausaha PBT TPHTK) disambut oleh TPr. Dr. Kushairi Rashid (Ketua Jabatan Alam Bina dan Teknologi), TPr. Maimon Hj. Ali (Koordinator Program Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah), Gs. Mohamad Sofiyuddin Sanusi (Koordinator Program Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah) serta pensyarah Program Perancangan Bandar UiTM Cawangan Perak. Perbincangan strategik yang merangkumi kerjasama Industri-Akademia akan membuka ruang kepada penukaran pengetahuan pelbagai bidang antara kedua-dua pihak. “Kunjungan ini berhasrat untuk berbincang dan mendapatkan nasihat kepakaran daripada Pihak UiTM” kata wakil deligasi PBT TPHTK. 

UiTM Perak melalui Program Perancangan Bandar dan Wilayah, Jabatan Alam Bina dan Teknologi, Kolej Alam Bina menyambut baik inisiatif PBT TPHTK untuk menjalin kerjasama jangka panjang antara kedua pihak. Kedua-dua institusi bersetuju melanjutkan perbincangan terperinci pada masa akan datang yang melibatkan kepentingan bersama. 

Penulis – Gs. Mohamad Sofiyuddin Sanusi 

Penulis Bersama – Dr. Syazwani Ahmad, TPr. Maimon Hj. Ali & Gs. Dr. Norhazlan Haron.