REMBAU, 5 Mac 2025 – Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau, telah menganjurkan Bengkel Perancangan Strategik 2025 pada 20 dan 21 Februari 2025.
Bengkel yang diadakan di dua lokasi, Kampus Rembau dan Palm Hotel Seremban, bertujuan menyelaraskan visi dan misi fakulti dengan hala tuju strategik universiti, merangka pelan tindakan komprehensif, dan memperkukuhkan semangat berpasukan.
Antara objektif utama yang dicapai termasuk penyampaian Petunjuk Prestasi (PI) 2025, pelantikan jawatankuasa baharu, perbincangan isu strategik, dan aktiviti “team building”.
“Bengkel ini bukan sahaja membantu kita menyelaraskan visi dan misi fakulti dengan hala tuju universiti, tetapi juga mengeratkan hubungan antara staf melalui semangat berpasukan yang lebih kukuh,” kata Ketua Pusat Pengajian FKPM, Puan Maizura Manshor.
Peserta memberikan maklum balas positif, memuji aktiviti perbincangan kumpulan dan semangat kerjasama yang terjalin.
“Bengkel ini sangat bermanfaat bukan sahaja dari segi perancangan strategik tetapi juga dalam membina hubungan profesional yang lebih erat antara kami sebagai satu pasukan,” kata Ketua Projek Bengkel, Cik Siti Nurfadzilah.
Peserta berharap bengkel ini dapat dijadikan program tahunan untuk kesinambungan pembangunan fakulti. FKPM optimis untuk terus maju sebagai peneraju kecemerlangan akademik.
Penulis bersama : Nurul Nisha Mohd Shah, Siti Nur Fadzilah Abdullah