KUALA TERENGGANU, 5 Mac 2025 – Kelab Recreation Leisure And Expedition (RELEX) dengan kerjasama Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu, Service Learning Malaysia-University For Society (SULAM), Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Pengkalan Kubur, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tembila telah menganjurkan program “Hands Together for Humanist” pada 1 Januari 2025.
Program khidmat komuniti yang bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari ini melibatkan 5 staf perpustakaan, 1 pelajar latihan industri, 3 guru dan 42 pelajar sekolah, 40 sukarelawan dan 20 komuniti setempat.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Haji Sheikh Ahmad Tajuddin Yusoff, Pengerusi Komuniti Madani Parlimen Besut merangkap Timbalan Pengerusi Penyelaras DUN Kota Putera.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk gotong-royong bersama komuniti membersihkan Masjid Taman Ilmu, bengkel bacaan pantas untuk pelajar SMK Tembila, dan aktiviti “Challenge Trail” bersama RELEX dan SULAM.
Bengkel bacaan pantas yang dikendalikan oleh En Faizulkarnain memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknik membaca dengan pantas dan efektif.
“Program ini mendapat sambutan baik daripada komuniti setempat dan diharapkan dapat memberi manfaat serta mengeratkan ukhuwah,” kata wakil penganjur.