Seri Iskandar, 21 Februari 2025 – Pejabat Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni (PJIM&A) dengan Kerjasama Jabatan Pengurusan Perniagaan (JPP) UiTM Perak telah menganjurkan program Jerayawara 2025. Program ini bertujuan untuk menerangkan peranan warga JPP UiTM Perak dalam misi Pelan Strategik UiTM untuk menjadi “Globally Renowned University” di penghujung tahun 2025. Misi ini telah direncana dan dimulakan seawal tahun 2020 dengan tema pemula tahun 2021: “Global Branding and Smart Partnership”, 2022: “Globally Competent”, 2023: “Globally Marketable”, 2024: “Globally Respected” dan 2025: “Globally Renowned University”.
Timbalan Rektor PJIM&A UiTM Perak, Profesor Madya Dr Muhamad Abdul Aziz Ab Gani telah berbesar hati turun padang bertemu warga JPP UiTM Perak untuk memberi penerangan terperinci berkenaan Pelan Tindakan Strategik yang perlu dilaksanakan oleh warga JPP, UiTM Perak dalam sumbangan menjayakan cabaran untuk menjadikan UiTM sebagai sebuah universiti terkemuka di peringkat global bermula tahun 2025 dan seterusnya.
Program Jerayawara ini dianggap berjaya memandangkan kehadiran jumlah pensyarah yang tinggi dari JPP. Beberapa soalan berkenaan pelaksanaan Pelan Strategik ini telah diajukan oleh warga JPP dan telah dijawab secara terperinci oleh Timbalan Rektor PJIM&A UiTM Perak. Secara keseluruhannya, diharap jerayawara ini dapat memberi pencerahan berkenaan peranan setiap warga JPP dalam membantu UiTM mencapai matlamat Globally Renowned Universiti pada tahun 2025.
Penulis Utama:Ts Dr Umol Syamsyul Rakiman
Penulis Bersama: Dr Wan Maisara Wan Mohamad, Puan Hajah Khalijah Ramli, Puan Izmayani Sa’adin, Puan Hanis Marhaini Masri