KANGAR, 20 Januari 2025 – Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Cawangan Perlis, menganjurkan webinar bertajuk “Peranan Jurugeospatial dalam Kerajaan Negeri” menerusi Google Meet. Webinar ini disampaikan oleh Encik Mohd Saiful Afif Bin Ridzuan, Jurugeospatial Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.
Program yang dianjurkan oleh pelajar kelas RAP2207A, kursus Amalan Keprofesionalan (GSS682), sesi Oktober 2024 – Mac 2025, ini telah dirasmikan oleh Sr. Dr. Rohayu Binti Haron Narashid, Ketua Pusat Pengajian, Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Cawangan Perlis. Turut hadir Sr. Gs. Dr. Fazly Amri Mohd, Pensyarah Kanan dan penasihat program, serta pensyarah lain, kakitangan kerajaan dari JUPEM, NAHRIM, Pejabat Tanah dan pelajar dari UiTM, UKM, dan UTM.
Webinar selama hampir dua jam itu membincangkan peranan jurugeospatial dalam kerajaan negeri, termasuk penyelarasan Pembangunan Geospatial, penyelarasan Nama-nama Geografi, dan penyelarasan Projek Penandaan dan Pengukuran Sempadan Negeri. Sesi soal jawab turut diadakan di akhir program.