Program Kerjasama Kolaboratif Pengajaran Antarabangsa Dan Memorandum Persefahaman Dan Persetujuan Bersama Universitas Sebelas Maret Dan Pemain Industri Di Solo Indonesia

 

Perak, 22 November 2024 -, Solo Indonesia jam 8.30 pagi waktu tempatan telah berlangsung Program Kolaborasi Pengajaran Peringkat Antarabangsa di antara Delegasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak bersama dengan Universitas Sebelas Maret, Solo Indonesia. Seramai 6 orang tenaga pengajar dari UiTM Cawangan Perak telah menyumbangkan tenaga untuk memberikan khidmat pengajaran terbaik bertaraf antarabangasa bersama-sama pelajar-pelajar Indonesia di universitas tersebut. Sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut telah dilangsungkan serentak di enam bilik kuliah yang membabitkan kursus Desain Interior (Diploma Rekabentuk Dalaman), Program Seni halus dan Senireka dan Grafik dan Multi media. Selesai sahaja sesi kuliah tersebut delegasi dibawa ke Dewan Utama Universitas Sebelas Maret untuk sesi memperbaharui MoU sedia ada dan berbincang tentang potensi kerjasama baru yang bakal dijalankan di masa hadapan. Selesai upacara menandatangani perjanjian MoU tersebut Delegasi dibawa melawat bangunan-bangunan fakulti di sekitar Kampus. Delegasi juga disantuni oleh pihak Universitas Indonesia dengan dibawa melawat secara ekslusif ke Muzium Persendirian iaitu Museum Tumurun milik Perusahaan terkenal Indonesia. Rumusan hari terakhir di Solo memperlihatkan kesinambungan kerjasama di antara UiTM cawangan Perak dengan Universitas Sebelas Maret yang bakal berterusan dalam pelbagai usahama baru di masa hadapan.